Baru habis meeting dgn budak Intern MMU and Nokia kat 13th Floor. Excited on the event which will be held on 4th - 16th Sept 2006 kat MMU, Cyberjaya. Me will be presenting Push-to-Talk (PTT). Ala, project lama wa yg dok KIV manjang tu. Nak naik muntah dah buat. Muntah darah. Tapi xde la sampai hilang nyawa kan. Huhuhu.
Hatiiii pujuk la perasaan, Jauhi kesangsiaaannn... wah nyanyi lak tetibe. Hehe. (Pics from www.pglthemusical2.com)



This morning went for Dilithium workshop at Traders Hotel (kat KL convention center tempat siti nak kawen nanti tuuu..). The presentation went ok and sangat informative for me sbb later, aku kena handle Video Telephony and Ring Back Video and many more (?). So since the Video Gateway (VG) is already in place (Dilithium punye la..) dan adalah menjadit satu kewajipan utk aku belajar pasal integration menatang gateway tu. Sbb kalo aku tatau ape menantang yg nak diconnect kat VG tu, alamat satu masalah besar akan melanda kepala hotak aku yg mmg malas nak berpikir neh. Fuh. Sgt mencabar tapi, aku teruja. I liking!
Oh yes. Tadik depa ckp kat tingkat bawah Convention Center tu dah ade gamba Siti ngan Datuk K. Huhu. Ingat nak sabotaj dgn meliquid-paperkan misai Datuk K, tapi x sampai ati lak. Hehe. Pastu abis je, we had lunch kat level 1. Start dgn appetizer yang hanya memakan daun-daun dan mushroom yg pelbagai size. Sambung plak ngan main course yg ada breast-chicken yg sangat gemok dgn filling ricotta cheese dan beberape jenis kumpulan kekacang. Kat bawah ayam tu ada lak mashed potato yg campor ngan green peas. Tang dessert, Hazelnut ape tah. Cam mousse la. Ada 2 layer. Satu choc-hazel, satu lagi vanilla mousse & cake. Dan yg paling penting, ada STOBERI CELOP CEKELAT (SCC). Hamboi, aku rasa KL convention center ni dah terkena penangan Siti & Datuk K la. Pasni sure byk bakery yg juai kek ada SCC. Keji siut! (sesape nak kek berbentuk stoberi dan disalut cekelat utk harijadi? angkat tangan! Sgt keji)
Hujan kat luar. Sgt lebat. Today xde aktiviti. Plan arini nak balik rumah, lipat & susun baju. "Ya Allah, kuatkanlah semangatku utk melipat & menyusun kain malam ni. Amin." Main bowling pun bestkan. Weh, Longkang Pojaan, bile nak prektis ni weh? Wa x pandai main ni. Main Mystery Prime Suspect wa pandai la. Hehe. Jgn lupe ajak ok kalo nak pi layan bowling. Janji tau!
Minggu depan cuti panjang. Member wa (u-know-who-u-are) nak tunang hari Merdeka ni. Jadi wa rasa wa amik cuti 1hb tu. X kose nak dtg opis balik pastu cuti balik. Sgt tiada logika disitu jua. Ape kejadahnye tidak amik cuti pada ketika mmg dah canteekk sangat la nak cuti panjang time tu.. kan? Tapi kalo xde mende nak buat, baik dtg keje. Tgk internet, lepak tgk citer Korea kat www.youtube.com or maybe main kejar2 ngan kekawan atau dtg opis, sign in pastu kuar pi lepak kat KLCC ke Yow Chuan ke sambil makan bebola sedap dgn air soya bean. Pergh. Aku ske la bebola sedap ngan air soya bean tu. Delikesis jua.
Oklah. Akhirkata dgrlah ini pepatah,
PINGGAN TAK RETAK, NASI TAK DINGIN, ORG TAKNAK, AKU PUN TAK HINGGIN.

Dan di saat-saat sejuk begini, aku tingin nak makan Hi & Mighty Pie

Jom layan..?!