A journey
According to www.dictionary.com, Journey means a travelling from one place to another, usually taking a rather long time.
Talking about journey ni, kawen pun satu journey yg sgt challenging. Based on experience kawan2 & sedara mara yg dah kawen ni, byk perkara yg kita kena tolarate yg secara theory nya sgt senang di sebut tapi, nak apply dlm marriage, susah! Sbb tu kita tgk, org yg nak kawen ni, kena pk betol2 apa plan yg nak dibuat lepas kawen. Camana nak maintain the marriage supaya tidak ada sebarang kesangsian sesama sendiri. Bukannya nak pk camana nak buat kenduri gilang gemilang dgn jemputan beriban2. Pastu nak pk ape yg best nak bagi cenderahati buat sang tetamu. Ngarut!
Tapi karut2 tu yg org kita dok pk. Mmmm susah kan. Alangkah bagusnya kalo 2-2 perkara kat atas ni jalan serentak, kan? Tapi takpe la. Aku pun x de bayang nak naik pelamin lagi. Hehe. Insya Allah, bila tiba masanya aku akan pk kan.
Berbalik pada citer kawen ni, last week we ols pegi wedding our girlfwen kat Kodiang. Perghh jauh giler. Penat giler. Sampai skang pun terasa penatnya. *kena carik org dekat2 nampaknye... he.. he.. he..* Our girlfwen ni aku baru kenal dlm 4-5 bulan je. Tapi jadi rapat ngan geng aku. Tak tau la nape, sejak dia join we ols, aku rasa geng aku dah pandai main ngan emosi memasing. Memasing jadi cam penuh emosi bilamasa hari kawen girlfwen we ols ni dah dekat. Mmm. Our girlfwen tu cam bawak aura friendship yg sgt kuat. Dulu kitorg takde la rasa cam rindu2 ke bila lama tak jumpa. Tapi now ni, rasa lain sket.
Girlfwen we ols pun dah selamat diijabkabulkan hari jumaat lepas. Alhamdulillah. We ols stay kat Putra Palace, Kangar sehari je. Hari sabtu lak hari bersanding dia. Masa nak balik, pelok2. Siap nangis2. Mak dia pun nangis. Sedey betol. Tapi aku ni tak nangis pun. Sedey tu ada. Takat bergenang je kat mata. Tapi setitik pun x jatuh. Heran. Keras ati ke aku ni. Tak jugak. Aku simpan kot. Tah la.
Walauapapun, aku faham perasaan si pengantin baru. Dia sedey sbb nak tinggalkan alam bujang dia. Lepas ni dia continue her journey as a wife to a man called husband. Satu perjalanan yg sgt mencabar utk dia tapi, dia kena sabar dan redha akan ketentuan ilahi. Ini dah termaktub dlm life journey dia. Insya Allah, mintak yg terbaik dari-Nya dan jadilah isteri yg solehah dan taat pada suami. Amin. Aku doakan dia berbahagia hingga ke akhir nyawa ngan hubby dia.
Then, we ols singgah Pekan Rabu kat Alor Setar. Pastu Jepp ajak pi rumah. Jumpe dgn Lin yg dah 2 thn tak jumpe. Terburailah lagi air mata kawan2 aku. Mmm. Aku? Masih bertahan. Mereka ni pun dah lalui satu journey yg sgtttt sukar. Lin, janda anak satu dan Jepp bujang. Kawen senyap2. Member2 ofis ckp macam2 bende negatif kat they ols. Kesian. Satu anger yg takleh dibendung yg sebabkan they ols tak jemput sorang pun kawan2 rapat. Mmm. Bila aku tanya kenapa tak invite? Diorg diam je. Tapi aku faham ape yg diorg lalui. Yg pasti, we ols tak penah nak ckp apa2 ttg marriage diorg. Itu jodoh. Allah tentukan. Alhamdulillah. They are happy now with a new baby boy, Jazil Afif. Congratulations!
Pas maghrib, gerak pi Ipoh. Overnite kat umah member aku. Satu lagi kisah yg sgt menyentuh hati bila tgk nenek member aku ni terlantar sakit takleh gerak. Sedey sgt tgk dia. Usia dah 80++ thn. Dari raut wajah dia, we ols tau dia sgt happy ada org jengok dia. Masa nak balik Ahad tu, sorang2 salam. Sedey hati aku. Teringat kat Arwah Mak Syim, nenek aku. Aku cium nenek member aku tu. Cam nak jatuh air mata. Tapi aku tahan je. Kawan2 yg lain dah meleleh2 air mata. Satu perjalanan hidup yg hanya menghabiskan sisa-sisa hidup terlantar atas katil. Ujian kesabaran utk ahli kuarga yg menjaga dia. Dari sehat, kita sakit. Life-cycle. Aku doakan yg terbaik utk nenek. Moga Allah SWT mempermudahkan perjalanan nenek. Amin.
Kata mak kawan aku, kita hidup ni singkat. Tapi perjalanan kena teruskan. Jadi, sentiasa berdoa agar Allah SWT panjangkan usia dan sihatkan tubuh badan supaya kita akan terus beribadah pada-Nya dan hidup di atas keredhaan-Nya selalu.
Bagi aku, journey aku ke utara ni, bykkk mengundang emosi. Walaupun aku ni susah nak nangis tapi hanya tuhan je tau betapa sedeynya hati aku lalui 3 hari tu. Aku harap Allah SWT akan permudahkan perjalanan hidup aku dgn org yg sayang kat aku dan yg aku sayang. Aku memilih utk hidup begitu dan itu pilihan aku, dgn izin-Nya. Amin.
Life is a journey, not a destination.

